Wednesday, August 12, 2009

Toreh 'anu' kawan


ALOR STAR: Disebabkan tidak puas hati hanya memperoleh 50 sen selepas memeras ugut rakan sekelas, seorang murid tahun satu sanggup bertindak ganas dengan menoreh buah zakar rakannya dengan sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di bandar raya ini, tengah hari kelmarin. Dalam kejadian jam 1 tengah hari, mangsa, Muhammad Amir Amri, 7, mengalami pendarahan teruk selepas diserang rakannya berikutan luka sepanjang tiga sentimeter pada buah zakarnya akibat torehan pisau lipat berkenaan.


Difahamkan, kejadian buli itu bermula ketika mangsa di kantin untuk membeli makanan, tetapi dia enggan menyerahkan wang sakunya selepas diminta pembuli yang juga rakan sekelasnya. Muhammad Amir berkata, dia ditumbuk beberapa kali di muka selepas enggan menyerahkan wang sakunya sebelum rakannya berlari ke kelas untuk mengambil kotak penselnya yang disangka mengandungi wang.


Katanya, dia kemudian turut berlari sama ke kelas berikutan bimbang kehilangan kotak penselnya dan ketika dalam kelas, rakannya itu bertindak lebih ganas dengan menyeluk poket seluarnya untuk mengambil baki wang.


“Ketika di kantin, dia (pembuli) minta duit tapi adik (Muhammad Amir) cuba halang dengan menutup poket seluar. Selepas itu dia berlari ke kelas dan adik ikut sama ke kelas kerana dia mengugut mahu ambil kotak pensel adik. “Dalam kelas, dia seluk poket dan ambil baki duit adik 50 sen. Kemudian dia tanggal seluar adik dan ambil pisau lipat kecil dan toreh buah zakar adik. “Masa itu adik tak berani nak melawan kerana badannya besar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Bendahara, semalam. Sementara itu, bapa mangsa, Amri Rod @ Jamil, 41, berkata sebaik tiba di kantin sekolah untuk mengambil anaknya kira-kira jam 1.15 tengah hari, dia melihat anaknya berada di bawah meja kantin sambil memegang kelangkang seperti menahan kesakitan.


Menurutnya, selepas melakukan pemeriksaan, dia terkejut mendapati seluar anaknya berlumuran darah dan ada kesan luka agak dalam pada buah zakar anak keduanya itu. “Saya terus membawa anak berjumpa guru kelasnya untuk meminta penjelasan sebelum diminta ke pejabat sekolah untuk berjumpa guru besar. “Beberapa orang guru termasuk guru disiplin berjumpa saya di situ dan mereka tidak menyedari kejadian itu kerana anak saya tidak melaporkannya. “Ibu kepada murid yang membuli anak saya yang secara kebetulan berada di sekolah turut dipanggil untuk memberi penjelasan, namun selepas didesak, murid itu masih enggan mengaku dia bertanggungjawab terhadap tindakan itu manakala ibunya hanya mendiamkan diri,” katanya.


Amri yang berniaga ikan berkata, seorang guru menawarkan diri membawa anaknya ke klinik tetapi doktor di klinik itu tidak berani menerima pesakit berkenaan kerana luka yang dialami anaknya agak serius.Susulan kejadian itu, Amri berkata, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star di sini, kira-kira jam 7 malam kelmarin kerana tidak puas hati dengan tindakan ibu rakan sekelas anaknya itu yang seperti tidak menghormati keluarganya.

Menurutnya, dia juga kesal dengan tindakan ibu rakan anaknya itu yang langsung tidak menziarahi atau meminta maaf ketika berjumpa di sekolah selepas dipanggil guru disiplin. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Kedah, Shahidan Abdul Rahman, ketika dihubungi berkata, beliau belum menerima laporan mengenai kejadian buli itu kerana sedang mengikuti kursus di ibu negara.

http://www.hmetro.com.my/Wednesday/BeritaUtama/20090812072759/Article

Sunday, August 9, 2009

Perangi kongsi gelap: Kerajaan digesa lancar perang terhadap kongsi gelap

KUALA LUMPUR 26 Julai - Pelbagai pihak menggesa agar operasi besar-besaran dijalankan untuk menggempur dan melumpuhkan kegiatan kongsi gelap yang semakin berleluasa di negara ini khususnya di Lembah Klang. Mereka mahu ia diperangi habis-habisan setelah banyak kes kebelakangan ini menunjukkan seolah-olah ia dilindungi termasuk oleh 'orang politik' sehingga tidak takut mencabar undang-undang.

Mereka yakin pihak polis mampu melakukannya berdasarkan kejayaan membongkar dan menghapuskan 15 kumpulan gengster yang bergiat aktif di Sarawak termasuk dua yang mempunyai rangkaian dengan penjenayah antarabangsa dikenali sebagai Kumpulan Wah Kee dan Ang Beng Hui pada 2007.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kegiatan kongsi gelap yang melindungi pusat-pusat hiburan, perjudian dan pelacuran memang sudah lama wujud di negara ini. "Sampai bila kita mahu perkara ini berterusan dan akhirnya yang menerima kesan adalah anak-anak kita sendiri.

"Jadi kita menggesa kerajaan ambil langkah lebih tegas untuk membanteras jenayah ini," katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau diminta mengulas kebimbangan banyak pihak mengenai kumpulan kongsi gelap yang dilihat melindungi kegiatan jenayah seperti perjudian, ugutan, ah long, pengedaran dadah, maksiat dan pelacuran. Ibrahim berkata, masyarakat juga perlu melancarkan perang secara besar-besaran dengan cara membantu pihak berkuasa memberi maklumat mengenai perbuatan yang menjurus kepada jenayah tersebut.

"Mereka yang terlibat dalam kegiatan kongsi gelap boleh dianggap sebagai pengancam keselamatan masyarakat dan negara. Kerajaan tidak boleh berdiam lagi," katanya. Dalam pada itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sudah tiba masanya kerajaan bertindak secara besar-besaran untuk membanteras kegiatan jenayah itu.

"Wujudkan budaya antijenayah dalam masyarakat. Sebagai langkah permulaan, ahli masyarakat boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti polis untuk memerangi jenayah.
"Jika ini dapat dibuat bermakna masyarakat sudah bersedia untuk bersama-sama membantu kerajaan melawan jenayah itu. Ini satu pendekatan yang berkesan untuk menghapuskannya," katanya.

Menurutnya, walaupun diakui jenayah itu agak sukar dibendung dan bukanlah satu isu baru tetapi usaha boleh dimulakan dari sekarang untuk menghapuskannya. Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri pula bimbang jika kegiatan itu dibiar berterusan, ia akan menggalakkan budaya tidak sihat dalam masyarakat apatah lagi generasi muda. Beliau menarik perhatian kepada kegiatan gangsterisme atau samseng yang mula menular dalam kalangan pelajar sekolah.

"Kegiatan mereka ini (di sekolah) masih dalam keadaan terkawal. Namun kita bimbang fenomena ini akan berubah jika penglibatan generasi muda dalam kumpulan ini tidak dibendung," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini. Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad turut menggesa agar tindakan segera diambil kerana kegiatan kongsi gelap boleh memberi kesan amat buruk terhadap masyarakat terutama golongan muda.

"Kerajaan perlu agresif dan proaktif untuk menghapuskan kegiatan ini kerana ia akan menghancurkan masyarakat secara perlahan-lahan. "Sindiket kongsi gelap membawa bermacam-macam penyakit sosial kerana mereka melakukan banyak kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya.

Tegas beliau, perlu ada tindakan bersepadu di antara kerajaan dan masyarakat kerana usaha memerangi kegiatan tersebut tidak akan berhasil sekiranya hanya satu pihak yang berusaha.
Ibrahim berkata, masyarakat juga perlu melancarkan perang secara besar-besaran dengan cara membantu pihak berkuasa memberi maklumat mengenai perbuatan yang menjurus kepada jenayah tersebut.

“Mereka yang terlibat dalam kegiatan kongsi gelap boleh dianggap sebagai pengancam keselamatan masyarakat dan negara. Kerajaan tidak boleh berdiam lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sudah tiba masanya kerajaan bertindak secara besar-besaran untuk membanteras kegiatan jenayah itu.

“Wujudkan budaya antijenayah dalam masyarakat. Sebagai langkah permulaan, ahli masyarakat boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti polis untuk memerangi jenayah.
“Jika ini dapat dibuat bermakna masyarakat sudah bersedia untuk bersama-sama membantu kerajaan melawan jenayah itu. Ini satu pendekatan yang berkesan untuk menghapuskannya,” katanya.

Menurutnya, walaupun diakui jenayah itu agak sukar dibendung dan bukanlah satu isu baru tetapi usaha boleh dimulakan dari sekarang untuk menghapuskannya. Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri pula bimbang jika kegiatan itu dibiar berterusan, ia akan menggalakkan budaya tidak sihat dalam masyarakat apatah lagi generasi muda.Beliau menarik perhatian kepada kegiatan gangsterisme atau samseng yang mula menular dalam kalangan pelajar sekolah.

“Kegiatan mereka ini (di sekolah) masih dalam keadaan terkawal. Namun kita bimbang fenomena ini akan berubah jika penglibatan generasi muda dalam kumpulan ini tidak dibendung,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini. Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad turut menggesa agar tindakan segera diambil kerana kegiatan kongsi gelap boleh memberi kesan amat buruk terhadap masyarakat terutama golongan muda.

“Kerajaan perlu agresif dan proaktif untuk menghapuskan kegiatan ini kerana ia akan menghancurkan masyarakat secara perlahan-lahan. “Sindiket kongsi gelap membawa bermacam-macam penyakit sosial kerana mereka melakukan banyak kegiatan yang menyalahi undang-undang,” katanya.
Tegas beliau, perlu ada tindakan bersepadu di antara kerajaan dan masyarakat kerana usaha memerangi kegiatan tersebut tidak akan berhasil sekiranya hanya satu pihak yang berusaha.

Berusaha ke arah toleransi sifar jenayah, kata Lee

SANDAKAN: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), menyeru rakyat di negara supaya berusaha ke arah toleransi sifar terhadap jenayah dengan mewujudkan suatu budaya anti-jenayah. Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata kearah itu agar lebih usaha digiatkan untuk menangani jenayah ini melalui penguatkuasaan undang-undang dengan efektif dan meningkatkan lagi penglibatan masyarakat di dalam usaha pencegahan jenayah.

“Jenayah keganasan bukan satu ciri masyarakat kita. Oleh itu, kita harus mencari punca masalah serta langkah-langkah untuk mengatasinya. Kerajaan dan masyarakat perlu berganding bahu dalam menangani budaya keganasan ini dalam apa juga bentuk sekalipun,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini sempena lawatan kerja ke Sandakan pada Ahad.
Sehubungan itu, Lee menyarankan agar lebih tumpuan terhadap aspek keselamatan dan persekitaran bebas dari bahaya jenayah di samping berusaha untuk mencapai pembangunan negara yang seimbang.

Katanya ketika ini negara menghadapi pelbagai masalah sosial seperti ancaman dadah yang serius, salah laku juvana dan jenayah keganasan terhadap kanak-kanak dan kerosakan harta awam. Jelas beliau ia merupakan penanda penurunan nilai-nilai murni yang jika tidak diatasi dengan berkesan akan menggugat aspirasi negara ke arah negara yang maju.

“Kita bukan sahaja perlu menangani masalah sosial dan cabaran-cabaran ekonomi tetapi juga isu-isu lain yang lebih penting seperti integrasi kaum, perpaduan dan pembangunan negara. Apa yang membimbangkan ialah hampir tiada hari berlalu tanpa laporan tentang masalah sosial dan jenayah,” katanya lagi.

Ini jelas kata Pemegang Amanah 1 Malaysia itu, hakikatanya tidak dapat dinafikan lagi bahawa jenayah masih terus dilakukan oleh golongan muda. “Kita perlu menyiasat punca berlakunya jenayah ini dan mencari jalan penyelesaian untuk menghentikan masalah. Sekiranya peningkatan kadar jenayah adalah merupakan sebahagian daripada hasil kemajuan negara maka aspek tersebut harus ditangani,” tegas beliau.

Sehubungan itu, kerajaan dan organisasi bukan kerajaan serta masyarakat secara keseluruhanya perlu memulakan satu usaha dalam mewujudkan suatu program ke arah pemupukan nilai murni untuk negara terutama bagi mempromosikan kesedaran terhadap nilai-nilai kemanusiaan dan murni di dalam masyarakat. Sementara itu Lee mahu Institusi kekeluargaan dan nilai murni terus dipelihara supaya dapat digunakan sebagai perisai kepada pelbagai masalah sosial yang mengancam masyarakat. Beliau berkata demi masa depan generasi yang mendatang, rakyat Malaysia mesti mendukung nilai-nilai murni dengan teguh dan padu serta tidak meneladani budaya barat secara membuta tuli.

“Kita tidak seharusnya melahirkan suatu masyarakat yang angkuh, tamak dan terlalu asyik mencari harta kekayaan, sebaliknya kita perlu menjadi masyarakat yang penyayang tercipta dari hasil budaya kita serta dipupuk dengan semangat tanggungjawab, kesedaran dan moral dan keinsafan rohani,” katanya.
Lee juga menjelaskan kesedaran awal juga harus bermula dari bangku sekolah kerana kadar kejadian melanggar disiplin di sekolah perlu ditangani dengan segera serta memberi perhatian terhadap masalah berkenaan. Katanya sebagai rakyat Malaysia, generasi pelapis harus dididik dengan ilmu pengetahuan serta mempastikan mereka menghargai nilai-nilai murni seperti sifat toleransi, persefahaman, hormat menghormati di kalangan rakan dan keluarga.

Menurut beliau lagi ia juga termasuk kepatuhan terhadap undang-undang, keyakinan diri dan sifat keterbukaan terhadap perbezaan agama, kepercayaan adat dan budaya.

Perhebatkan budaya cegah jenayah

PENGUMUMAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyasarkan pengurangan sebanyak 20 peratus jenayah jalanan pada penghujung tahun 2010 sebagai salah satu teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) adalah amat tepat dan wajar. Kita harus memandang serius trauma yang berkait dengan ketakutan mangsa dan rakyat terhadap jenayah.

Walaupun jenayah ragut hanya meliputi lima peratus daripada jumlah indeks jenayah, tetapi persepsi masyarakat meletakkan kategori jenayah ini sebagai amat menakutkan. Ramai mangsa yang cedera parah malah tidak kurang yang menemui maut akibat jenayah ragut ini. Jenayah jalanan yang boleh diklasifikasikan sebagai samun menggunakan senjata seperti pisau dan parang juga tergolong dalam kategori jenayah trauma. Ia meliputi 12 peratus jumlah jenayah indeks dan jika tidak dibendung ia akan meningkat.

Jenayah pecah rumah juga menghantui semua lapisan masyarakat. Tahap trauma akibat jenayah ini tidak kurang meresahkan di mana ia merupakan lebih kurang 17 peratus daripada jenayah indeks. Saya tidak menafikan kes-kes bunuh, rogol, culik dan jenayah lain juga memberi kesan trauma tetapi kes ragut, pecah rumah dan jenayah jalanan memang patut diberi keutamaan kerana ia melibatkan masyarakat secara langsung dan juga faktor ekonomi seperti pelancongan dan pelaburan secara tidak langsung.

Pengumuman Perdana Menteri dan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri jelas membuktikan iltizam pihak kerajaan menangani isu jenayah. Masa telah tiba bagi semua pihak untuk memberi sokongan padu kepada polis dan pihak berkuasa untuk sama-sama membanteras jenayah. Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) akan terus bergerak dengan lebih cergas dan bersungguh-sungguh dalam bidang pendidikan pencegahan jenayah.
MCPF komited dan akan menghulurkan kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Dalam Negeri bagi membantu mencapai KPI yang telah ditetapkan ini selain menggerakkan masyarakat ke arah membanteras jenayah. Pembuat dasar, ahli-ahli akademik dan pelbagai lapisan masyarakat perlu bersatu menghadapi cabaran dan menjadikan bandar, pekan dan kampung selamat untuk didiami oleh semua orang.

Dalam hubungan ini, usaha berterusan perlu dilakukan untuk mengurangkan kadar jenayah dan perasaan takut terhadapnya, di samping mewujudkan kejiranan dan suasana bandar yang lebih selamat. Agenda untuk mengawal dan mencegah jenayah memerlukan usaha yang bersinergi, bersepadu, dan bersungguh-sungguh daripada semua pihak.

Semua pihak mempunyai peranan dan tugas untuk dilakukan dalam usaha memerangi jenayah.
Melalui projek inisiatif bandar dan kejiranan selamat, MCPF berharap dapat melibatkan penyertaan semua lapisan masyarakat dalam mendidik orang ramai mengenai apa yang mereka perlu lakukan untuk mengelakkan kejadian jenayah.


Kita perlu mengusahakan sedaya mungkin bagi menghilangkan perasaan takut kepada jenayah di kalangan rakyat bagi merealisasikan matlamat rakyat didahulukan, kerana apabila rakyat merasa amat selamat maka barulah kualiti hidup mereka terjamin.

TAN SRI LEE LAM THYE ialah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia

Yayasan Pencegahan Jenayah Perluas Konsep "Komuniti Selamat"

JOHOR BAHARU, 23 Julai (Bernama) -- Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) sedang berusaha untuk memperluaskan konsep "Komuniti Selamat" agar dapat dilaksanakan di seluruh negara.Naib Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye berkata "Komuniti Selamat" merujuk kepada usaha membasmi jenayah dan mewujudkan persekitaran selamat di kawasan perumahan, sekolah, tempat kerja serta pelbagai institusi lain."Kami berharap Komuniti Selamat ini dapat dilaksanakan dengan berkesan sejajar dengan Konsep 1Malaysia.

Konsep Komuniti Selamat ini didapati berjaya dilaksanakan di Hong Kong dan saya sendiri sudah tinjau kejayaan konsep itu di sana," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, Khamis, dan turut hadir pada lawatan itu ialah Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Pengerusi MCPF Johor Tan Kok Hong.Lee berkata pihaknya dalam pada itu menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai usaha mencegah dan membasmi jenayah yang menjadi salah satu dari enam teras Petunjuk Bidang Keberhasilan Utama Negara.Beliau berkata MCPF sebagai badan bukan kerajaan sentiasa berusaha membantu pihak berkuasa membanteras jenayah dan berasa gembira kerana pencegahan jenayah menjadi keutamaan kepimpinan Perdana Menteri dalam pentadbirannya.

Katanya sejajar dengan sokongan itu, MCPF menggesa kerajaan supaya meningkatkan peruntukan kewangan kepada Polis Diraja Malaysia bagi membolehkan pasukan itu membeli aset dan kelengkapan teknologi terkini.Dalam perkembangan lain Lee berkata sambutan bulan pencegahan jenayah peringkat kebangsaaan anjuran MCPF tahun ini akan diadakan pada 15 Ogos ini di Putrajaya.Katanya sambutan kali ini akan memberi tumpuan kepada pembabitan pelajar sekolah dalam usaha mendidik dan memupuk nilai murni di kalangan generasi muda.

Monday, July 13, 2009

Aib juvana remaja

Mengapa remaja makin bangga, seronok buat jenayah?

MEREKA mencuri, merogol, menjual diri, membunuh selain terbabit pergaduhan dan samseng. Ini bukan profil penjenayah yang diburu mahupun sudah bergelar banduan, sebaliknya senario
terkini golongan pelajar yang kian membimbangkan. MEREKA sanggup mencuri, merogol, menjual diri serta membunuh selain terbabit dalam pergaduhan dan samseng. Malah ada yang bertindak di luar batasan adab dan pegangan apabila sanggup menjual diri pada harga serendah RM50 setiap pelanggan untuk mendapatkan wang.

Ini bukanlah profil penjenayah yang diburu mahupun sudah bergelar banduan, sebaliknya senario terkini golongan pelajar yang kian membimbangkan. Pelajar yang menjadi harapan sebagai generasi pelapis dan sepatutnya bergelut memperlengkapkan diri menjadi insan serba boleh demi masa depan, sebaliknya mencurah tumpuan dan masa muda berharga dengan melakukan pelbagai jenayah seperti mereka yang bertaraf profesional. Atas alasan mahu mendapatkan populariti, meraih wang mudah serta mendapat perhatian rakan sebaya, pelajar berusia 13 hingga 18 tahun ini sudah tidak lagi malu melakukan jenayah.

Silap jika ada yang beranggapan ini trend semasa bersifat sementara dan hanyalah gelojak jiwa muda remaja yang lebih suka mencuba perkara baru. Buktinya, statistik serta kajian pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi tempatan, menunjukkan betapa jenayah pelajar di dalam mahu pun di luar sekolah, bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia diakui sendiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, minggu lalu yang memetik statistik menunjukkan peningkatan kes jenayah bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri dan kesalahan lain membabitkan anak muda itu. Selain peningkatan kes, jumlah tangkapan pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun juga turut mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Buktinya, bagi sepanjang 2007, sejumlah 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 kes tahun lalu yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan. Belum pun reda kejutan akibat kenyataan Musa, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mendedahkan, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini saja, seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit pelbagai kes jenayah termasuk membunuh. Sambil mengakui trend itu amat membimbangkan, Lee berkata kebanyakan pelajar itu terbabit dalam kes curi motosikal selain kes pecah rumah, mencederakan orang lain dan rogol.
Lebih menyedihkan, walaupun kelab pencegahan jenayah sudah dilancarkan di 3,764 sekolah sejak 1994, ia ternyata tidak berjaya membendung kadar peningkatan jenayah di kalangan pelajar. Keadaan juga tiada jauh bezanya di sekolah. Hasil kajian Petunjuk Keselamatan dan Jenayah di Sekolah anjuran Universiti Malaya yang diumumkan tahun lalu, menunjukkan empat masalah utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme atau samseng. Kajian setahun pada 2006 - 2007 dilakukan Pensyarah Fakulti Pendidikan UM Profesor Madya Dr Tie Fatt Hee, membabitkan 740 responden di kira-kira 12 sekolah di Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
"Kajian awal ini cuma membabitkan pelajar berusia 16 tahun yang disifatkan tahap usia penting sebelum memasuki Tingkatan Lima dan seterusnya menyertai masyarakat. Apa yang boleh dirumuskan, jenayah di sekolah tetap berlaku sama ada di kawasan bandar mahu pun luar bandar. "Bagi saya, perkembangan ini amat membimbangkan biarpun hakikatnya jenayah di sekolah ini masih dianggap terkawal jika dibandingkan dengan bilangan murid di seluruh negara," kata Dr Tie ketika ditemui, baru-baru ini. Lebih membimbangkan, katanya, 46 peratus responden itu mengakui pembelajaran mereka terganggu akibat ancaman jenayah di sekolah yang sekali gus boleh menjejaskan pencapaian akademik mereka. "Kita perlu ingat, masalah disiplin di sekolah ini bukanlah sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba sebaliknya ia membabitkan proses yang berpanjangan. Seperti juga penyakit, ia mempunyai simptom atau petanda awal tertentu yang perlu ditangani seberapa segera.
"Jika ia dibiarkan melarat, tanpa sebarang tindakan oleh pihak sekolah, jenayah ini boleh melarat melangkaui kawasan sekolah." Dr Tie yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan undang-undang, berkata apa yang menyedihkan, majoriti pelajar yang ditemui menerusi kajian itu, mengakui menjadikan kawan atau rakan sebagai rujukan utama dalam sistem sokongan mereka. "Di mana peranan ibu bapa dan guru-guru yang sepatutnya di hierarki atas sistem sokongan itu dan menjadi tempat utama pelajar mengadu masalah mereka? Ini jelas menjadi satu kepincangan kerana kita perlu sedari, ada bahayanya apabila pelajar menjadikan rakan sebagai pakar rujuk mereka, terutama jika rakan itu juga bermasalah."
Sehubungan itu, beliau menegaskan, sudah tiba masanya semua pihak - ibu bapa, sekolah dan masyarakat menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah jenayah di kalangan pelajar ini. "Guru yang menyedari pelajar bermasalah perlu segera memaklumkan kepada pihak sekolah bagi tindakan susulan termasuk memanggil ibu bapa dan pihak polis. Ibu bapa pula harus bersikap prihatin apabila dipanggil dan bukannya menuding jari ke arah pihak sekolah. "Selain itu, kita juga harus menerapkan kepentingan kaedah pendidikan berkaitan undang-undang yang mana pelajar didedahkan dengan jenayah dan jenis hukuman serta hak mereka," katanya.


INFO:

Masalah juvana 5.4 juta pelajar di seluruh negara

Indeks pembabitan pelajar dalam jenayah 0.03 peratus berbanding jumlah keseluruhan
Usia pelajar bermasalah 13 - 18 tahun

Statistik polis: 2007 - 1,837 kes jenayah dan 3,383 pelajar ditahan; 2008 - Meningkat kepada 2,218 kes dan 3,725 pelajar ditahan.

Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia, 48.1 peratus mat rempit berpunca akibat kebosanan, 38 peratus bertujuan mengisi masa lapang dan 27.8 peratus dipengaruhi kawan.

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia - Seramai 295 pelajar terbabit dalam pelbagai jenayah sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Kajian Universiti Malaya - masalah disiplin utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme.

Wednesday, June 3, 2009

Kelab Pencegahan Jenayah SK. St. John 1 Menjadi Tetamu Ketua Polis Negara di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

Tan Sri Musa Hassan
Ketua Polis Negara

Rombongan guru-guru melakukan kunjungan hormat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

Jamuan ringan.. Apalah yang si Zharief fikirkan..kot..kot nak jadi pegawai polis...


Beramah mesra antara guru-guru dan warga PDRM

Cikgu Aderus gambar kenangan bersama DSP Puan Lai

Cikgu Adi gambar bersama Supt Tuan Rasdi Ramli Pegawai Perhubungan Awam PDRM
Rombongan murid

Gambar Kenangan di Bukit Aman

Gambar kenangan di Bukit Aman

Cenderahati drpd Ketua Polis Negara kepada wakil SK.St.John 1 Puan Azimah yahaya

Pemberian yang tidak seberapa drpd pihak SK.St.John 1 berbanding jasa pasukan keselamatan menjaga keamanan negara

Semangat dan perjuangan membina modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara dikongsi bersama..


cenderahati kenangan kepada Ketua Polis Negara berbentuk sebilah keris lambang kepahlawanan negara

Adik Danish Hilman turut tidak melepaskan peluang bersoal jawab

Adik Zulnazmi mengajukan soalan kepada pegawai polis DSP Puan Lai

Taklimat PDRM drpd DSP Puan Lai Penguasa Perhubungan Awam Polis..

Ucapan alu-aluan dan amanat Supt Tuan Rasdi Ramli mewakili KPN Tan Sri Musa Hassan...

Cikgu Adi membisikkan rasa bangga SK St.john 1 sebagai tetamu KPN...

Jaga anak bangsa elok2...pesan Tuan Rasdi Ramli..Ketua Polis Negara terpaksa menghadiri mesyuarat bersama menteri di Putrajaya...

Walaupun Tan Sri Musa Hassan tidak dapat hadir, namun layanan sebagai tetamu istimewa pada hari tersebut ...

Apa agaknya yang dibisikkan antara Pn. Azimah dan Pn. Halijah.. En. Zul x bole tumpang sekaki...

Maha guru-maha guru yang berusaha memperkasa jati diri murid st.john

Badan boleh2 tahan... rasa boleh lawan penjenayah tak?

Wakil pentadbiran sekolah Pn. Halijah, Pn. Azimah dan En. Zulkiflee

sempat buat peace..pi dengaq taklimat elok2 sampai sekolah cikgu nak tanya...

Tiba di bangunan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.. Pn. Ida, Pn. Izma, Pn. Azimah, Pn. Halijah dan beberapa orang murid

Body guard from st.john....

Puan Azimah Yahaya turut hadir bersama Puan Ida Azira

Penyambut tetamu bagi pihak PDRM

Macan nak pi temuduga polis bantuan jer depa ni...

Gambar kenang-kenangan bersama Tuan Rasdi Ramli Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman mewakili Tan Sri Musa Hassan

Tuesday, June 2, 2009

PELANCARAN KPJ SEKOLAH RENDAH PERTAMA KUALA LUMPUR SK.ST.JOHN 1

Assaha, sharon, Kamsina dan Suzaini turut Menunggu ketibaan VIP
Ustaza Haslinawati bersama bunga telornya menanti ketibaan VIP

Cikgu Shafahizan dan Cikgu Assaha Menanti Upacara Perasmian

Menyanyikan Lagu Patriotik

Jejaka di Belakang Tabir

Murid-Murid meniup Wisel Pelancaran

Menyanyikan Lagu-Lagu Patriotik

Persembahan yang Dramatis dipersembahkan oleh Para Pesilat

Ustaza Haslinawati dan Ustaza Zakiah sedang Memberikan Bunga Telor Kepada Para Tetamu yang Hadir.

Persembahan Seni Silat Gayong Pusaka Malaysia

Memohon Keberkatan Majlis yang diketuai Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Zuraimi Sa'aban. Pn. Nora selaku Pengerusi Majlis

Ketibaan Y.Bhg Tan Sri Dato' Dr. Lee Lam Thye Tokoh Aktivis Sosial dan NGO Negara

Friday, January 2, 2009

Jenayah pelajar meningkat

KUALA LUMPUR: Indeks jenayah membabitkan pelajar sekolah dari Januari hingga Jun tahun ini meningkat kepada 1,034 kes berbanding 888 dalam tempoh sama tahun lalu. Jumlah itu adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan 113,520 kes jenayah yang turut meningkat sebanyak 7,284 kes berbanding 106,236 bagi tempoh sama, tahun lalu.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata keadaan itu semakin membimbangkan dan perlu diperbaiki segera supaya tidak merebak.

“Daripada 1,034 kes itu, sebanyak 402 membabitkan jenayah kekerasan, manakala 632 lagi jenayah berkaitan kerosakan harta benda.

“Kes ini membabitkan pelajar berusia antara 7 hingga 18 tahun. Oleh itu, penekanan mengenai aspek pencegahan jenayah perlu diterap ke dalam jiwa masyarakat daripada usia muda,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kelab Pencegahan Jenayah dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan St John (1) di sini, semalam.

Beliau berkata, kelab terbabit dapat membentuk masyarakat pelajar yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap pencegahan jenayah.

“Sekolah ini adalah sekolah rendah pertama di Kuala Lumpur yang menubuhkan kelab pencegahan jenayah yang dapat memberi kefahaman kepada pelajar mengenai pelbagai hal berhubung jenayah selain kepentingan penguatkuasaan undang-undang.

“Saya juga berharap pelajar yang menjadi ahli akan bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ kepada pihak sekolah dan dengan segera melaporkan maklumat membabitkan jenayah yang berlaku,” katanya.

PELANCARAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SK.ST.JOHN 1 15/08/2008

St John (1) launches crime prevention club
Story and photos by FAZLEENA AZIZ

SEKOLAH Kebangsaan St John (1) became the first primary school in Kuala Lumpur to set up a Crime Prevention Club (KPJ). The club was launched by the Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) vice-chairman Tan Sri Lee Lam Thye.

“There are over 1,200 KPJs established in secondary schools throughout the country,” said Lee.
Lee said the club’s objective was to educate students to obey the law and create an awareness on the crimes being committed in the country.

“According to the police crime index there have been 113,520 criminal cases from January to June this year. There is an increase of 7,284 cases compared with last year in the same period,” he said.“Cases involving students increased with 1,034 cases from January to June this year compared with last year, which was only 888.

“These students aged between seven and 18 years were involved in violence (402) and property (632) cases.

“We have to give the right emphasis for crime-related issues with activities like education, touring of police station and prison as well talks by the police,” said Lee, who also launched the school’s Merdeka & Patriotism month.

Lee said MCPF would help to monitor the clubs’ active role.
Also present at the launch was MCPF chairman Datuk William Lim.

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/8/18/central/1820407&sec=central